aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru aishiteru

Tuesday 19 April 2011

diari seorang pencinta...

catatan ini aku temukan dari datukku,
wasiat terakhir dari datuk untuk aku simpan coretan ini,
dan aku sebarkan buat tatapan setiap manusia yang tahu erti sebuah cinta...
lalu ku tuliskan di sini......berat rasa di hati menaip setiap ayat-ayat dari diari atuk,
kerna aku sendiri sedang bercinta dan terharu dengan setiap ayat ini...
lalu ku kirim pada smua...

7 tahun dari hari pertama aku dilahirkan ke dunia
muda umurku,
cinta ditanam pada ilahi,
bahawa cinta itu kekal dan tak kan padam,
kerana balasannya pasti,


15 tahun dari hari pertama aku dilahirkan ke dunia.
kali pertama aku kenal erti cinta,
ia indah belaka,
penuh gelak tawa,
bahagia belaka,
tapi tu semua dusta,
aku ditipu dan terus kecewa,
jadi aku gambarkan cinta tu menyakitkan....
ia hanya dusta dan penuh muslihat.....


tak berapa lama,
aku biar diri menyepi,
aku biar cinta itu pergi,
kerana cinta bererti melepaskan,
jadi aku lepaskan ia pergi,
walaupun pedih di hati,
aku pasrah dengan ketentuan ilahi,
dari aku terus mengharap cinta simpati.....


2 tahun berselang,
aku temui dirimu,
memikat hatiku segenap segi,
menghapus memori pada kekasih lama,
cinta itu hidup kembali,
berbunga mekar di hati,
menguasai segenap emosi,
membuat aku mengenal erti cinta 
cinta itu kasih,
bahawa cinta itu sifatnya suci....


5 tahun perhubungan,
penuh rintangan ranjau berduri,
kita korbankan segalanya,
dan biarkan cinta kita kekal,
kerana cinta itu ertinya memahami,


lalu kita disatukan,
maka ku kenal erti bahagia semula,
dan kita hidup penuh deraian senyuman dan gelak tawa semula,
jadi aku ertikan cinta itu sifatnya berulang,
tapi tak pernah sama....


dan lama berlalu,
cinta itu berhenti,
cinta aku layu kerna dia yang ku cintai,
pergi mengadap ilahi,
jadi aku ertikan cinta itu adalah berkorban....
walaupun telah tiada lagi,
kau tetap di hati.....
aku pasrahkan pemergianmu,
kerana kau lebih disayangi....

60 tahun berlalu
aku menyepi seorang diri,
terlantar di atas tilam kaku,
aku dijaga cucuku,
permintaan aku dipenuhi setiap kali,
walapun susah untuk aku balas budinya,
tapi apakan daya,ku tahu ajalku hampir tiba...


Akhir hayatku,
aku terkenang kembali saat kita bersama,
kerana cinta itu adalah memori,
cuba ku lupakanmu,
tapi tak mampu,kerana aku sentiasa mengingatimu,
kerana cinta itu tak pernah mati
tak pernah ada pengganti dirimu,
kerna aku jadikan cinta itu abadi....
dan aku jaga hingga hari aku tiada lagi........
lalu akhir perjalanan ku aku ertikan cinta itu 


Adalah kamu.............





CINTA IBARAT ULAT BELUNCAS...
MENCARI TEMPAT TERTINGGI UNTUK BERTAPAK...
MELAHIRKAN BENIH YANG NANTI AKAN BERKEMBANG 
MENJADI SANG RAMA-RAMA YANG INDAH DI PUNCAK TERTINGGI POKOK KASIH...
YANG KELAK TERBANG BEBAS DI UDARA RINDU
MENGHIRUP SECANGKIR MADU CINTA....


                              

No comments:

Post a Comment

ayat-ayat cinta bukan jiwang

Seseorg yang benar2 mencintaimu takkan pernah lelah dengan kekuranganmu & takkan pernah kehabisan alasan untuk memaafkanmu......